Giliran Manuel Hidalgo jadi ‘mangsa’ VAR

Giliran Manuel Hidalgo jadi ‘mangsa’ VAR

Giliran Manuel Hidalgo jadi ‘mangsa’ VAR
Manuel Hidalgo (tengah) seperti tidak percaya apabila dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada aksi pramusim bertemu KDN FC semalam. – Foto ihsan Sri Pahang

KOTA BHARU – Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo menjadi pemain kedua dilayangkan kad merah melalui penilaian ujian video bantuan pengadil (VAR) selepas pemain Kuala Lumpur City FC (KL City), Brendan Gan semasa saingan Piala Menteri Wilayah Persekutuan, Isnin lepas.

Pengadil, Mohd. Hasrol Mohd. Amir membuat keputusan tersebut selepas melihat sendiri ulang tayang pada skrin VAR pada minit ke-45 Perlawanan Pra Musim antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Lebih menarik, pergerakan Mohd. Hasrol ke tepi padang untuk membuat semakan turut diiringi laungan ‘tengok-tengok’ oleh penyokong-penyokong bola sepak Kelantan yang ingin melihat VAR menjalankan fungsinya.



Penggunaan VAR turut menyaksikan masa perlawanan pada separuh masa pertama ditambah sehingga lapan minit apabila pengadil memerlukan kira-kira empat minit untuk mengesahkan Manuel telah melakukan terjahan keras ke atas pemain pertahanan tuan rumah.

Keputusan VAR itu menyaksikan skuad Tok Gajah yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad terpaksa beraksi dengan 10 pemain di sepanjang separuh masa kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja




Memasuki minit ke-40, VAR sekali lagi digunakan apabila pemain-pemain KDN FC mendakwa ada pemain Sri Pahang menggunakan tangan dalam kotak penalti pelawat bagi menghalang pergerakan bola.

Hasil semakan VAR, skuad Sang Kijang Emas dihadiahkan sepakan penalti, namun kelebihan tersebut disia-siakan Te Valdumar Augusto dengan sepakan lemah yang mudah ditepis oleh penjaga gawang Tok Gajah, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Keadaan itu menyaksikan skuad Tok Gajah yang beraksi dengan kekurangan seorang pemain melangkah pulang dengan kemenangan tipis 0-1 hasil jaringan ketua pasukan, Stefano Bruno pada minit ke-41 berpunca dari sepakan penjuru diambil Sergio Aguero. – KOSMO! ONLINE

Giliran Manuel Hidalgo jadi ‘mangsa’ VAR

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading