Piala Asia B-23: Badi penalti hantui skuad negara

Piala Asia B-23: Badi penalti hantui skuad negara

Piala Asia B-23: Badi penalti hantui skuad negara
HAQIMI AZIM (kiri) berjaya meledak satu gol untuk skuad negara sepanjang tiga aksi saingan Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar. – FB FAM

TIADA apa yang boleh dianggap positif daripada penyertaan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) di Piala Asia B-23 selepas mengalami kekalahan 1-2 kepada Kuwait di Stadium Al Janoub, kelmarin.

Keputusan itu menyerlahkan kelemahan sebenar pasukan khususnya dalam aspek kematangan pemain yang ‘menghadiahkan’ penalti kepada pihak lawan dalam lima perlawanan berturut-turut termasuk dalam tiga aksi kumpulan.

“Sukar untuk jelaskan tentang perlawanan ini kerana banyak perkara yang berlaku dan menyukarkan kita mengawal situasi. Kami ada peluang dan mencuba segala-galanya, namun kami tetap gagal.



“Tiada apa yang bolehkan kami kekal positif dan sukar untuk dijelaskan dan kami perlu minta maaf kepada penyokong kerana gagal capai yang terbaik,” kata pengendali negara, Juan Torres Garrido.

Pada perlawanan itu, Kuwait memperoleh dua gol menerusi sepakan penalti ketua pasukannya, Salman Mohammed dan Talal Al Qaisi manakala gol tunggal negara dijaringkan oleh Haqimi Azim Rosli.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja



Misi skuad negara untuk mendapatkan kemenangan saguhati bertambah sukar apabila penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilayangkan kad merah kerana mengasari kapten Kuwait, Salman dan terpaksa bermain 10 orang sepanjang babak kedua.

Paling merisaukan adalah tentang kematangan pemain yang seakan tidak pernah belajar daripada kesilapan memberikan tiga penalti pada dua aksi pemanas badan dengan China, malah keadaan tidak berubah pada kejohanan sebenar apabila kesemua pasukan lawan mendapat kelebihan tersebut.

Kekurangan kecergasan pemain dalam aksi kompetitif dilihat sebagai faktor utama kepada kegagalan skuad muda kali ini, malah persiapan pemain juga turut mencetuskan tanda tanya.

Pencapaian buruk ini juga boleh dianggap sebagai ‘notis amaran’ buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang skuad B-23 negara masih belum mampu untuk merealisasikan harapan besar termasuk layak ke Sukan Olimpik.



“Pemain sudah keletihan kerana ada tiga perlawanan dalam tujuh hari. Setiap perlawanan kami mencipta peluang, tetapi (kami) lepaskan gol mudah iaitu menerusi penalti yang jelas merubah perlawanan,” katanya.

Piala Asia B-23: Badi penalti hantui skuad negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading