Hikayat Semerah Padi PAS Di Terengganu, Shooting Di Kuala Kubu Baharu

Hikayat Semerah Padi PAS Di Terengganu

Hikayat Semerah Padi PAS Di Terengganu, Shooting Di Kuala Kubu Baharu

 

Secara tiba-tiba, kerajaan PAS Terengganu mengumumkan akan mempertimbangkan hukuman sebat di khalayak ramai bagi pesalah jenayah syariah.

Penulis percaya, ianya telah lama dikaji dan bukan sengaja digembar-gemburkan ketika menjelang PRK Kuala Kubu Baharu…😉😉😉



Cadangan kerajaan Terengganu itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Tetapi menurut Dr Muhammad Khalil, terdapat beberapa prosedur tertentu perlu diteliti sebelum pelaksanaannya.

Tambah beliau, ia tertakluk kepada enakmen sedia ada.

Sebarang penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa dalam usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di Terengganu.



“Ia dalam proses dan kita akan tengok dari semasa ke semasa.”

“Buat masa sekarang ini, ia akan dilaksanakan di tempat tertutup, di dalam penjara.”

“Sebenarnya kalau kita tengok daripada semangat atau roh hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah dalam undang-undang jenayah syariah Islam ini, ia mesti dilaksanakan di khalayak ramai.”

“Jadi, di atas dasar itu kita laksanakan dahulu apa yang telah tersedia ada.”



“Ada pun untuk kita penambahbaikan, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” jelas beliau.

Dalam artikata lain, setakat ini, ianya boleh dianggap sebagai propa PAS untuk mendapatkan populariti politik sebagai parti Melayu Isley.

Sementara itu, ketika ditanya kepada Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, respon beliau ringkas.

“Adakah PAS mempunyai polis, mahkamah dan penjara sendiri di Terengganu?”, soal beliau.



Penulis akui, sekiranya mengikut syarak, hukuman sebatan rotan dilakukan di khalayak ramai.

Namun tafsiran khalayak ramai itu sendiri adalah sangat subjektif.

Adakah hakim, pegawai penjara dan pegawai kesihatan yang hadir ketika hukuman sebatan dijalankan boleh ditafsirkan khalayak ramai?

Walau bagaimana pun, penulis yakin, apabila berakhirnya PRK Kuala Kubu Baharu, isu ini akan senyap begitu sahaja, sama macam isu RUU 355.



 

Hikayat Semerah Padi PAS Di Terengganu, Shooting Di Kuala Kubu Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button