Peluang EPL raih lima slot sukar

Peluang EPL raih lima slot sukar

Peluang EPL raih lima slot sukar
CITY gagal meneruskan perjuangan mereka untuk mempertahankan gelaran pada Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real di suku akhir. – AFP

LONDON – Hasrat Liga Perdana Inggeris untuk mendapatkan slot kelima yang akan bermain di Liga Juara-Juara seakan makin sukar selepas keputusan negatif dicatatkan wakil mereka pada aksi pentas Eropah musim ini.

Pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara menyaksikan pendahulu liga, Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid pada penentuan penalti, manakala Arsenal tunduk 2-3 di tangan Bayern Munich secara agregat.

Di saingan Liga Europa juga menyaksikan dua wakil Inggeris, Liverpool dan West Ham United turut tersekat di suku akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.



Hanya Aston Villa yang mampu meneruskan saingan di peringkat separuh akhir selepas menyingkiran Lille.

Mengikut kedudukan sekarang, England berada di tempat ketiga dengan 17.375 mata di belakang Jerman (17.928) dan Itali (19.428)


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah





Mengikut perkiraan, jika Villa mampu menjuarai Liga Konferensi Eropah sekalipun, England masih mengharapkan kelab Jerman tewas kesemua baki perlawanan di panas Eropah musim ini.

Jerman kini mempunyai dua wakil di Liga Juara-Juara iaitu Bayern Munich dan Borussia Dortmund mahakala Bayer Leverkusen bawa cabaran di penas Liga Europa.

Itali juga ada tiga wakil iaitu AS Roma, Atalanta (Liga Europa) manakala Fiorentina masih kekal bersaing di pentas Liga Konferensi Eropah. – AGENSI

Peluang EPL raih lima slot sukar



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button