Van De Beek belum putus masa depan

Van De Beek belum putus masa depan

Van De Beek belum putus masa depan
VAN DE BEEK meledak gol tunggal perlawanan ketika United menewaskan Lyon pada aksi persahabatan kelmarin. – FB MANCHESTER UNITED

EDINBURGH – Pemain tengah Manchester United, Donny Van De Beek sedar bahawa dia perlu meninggalkan kelab itu pada musim panas kali ini untuk kembali menghidupkan karier bola sepaknya.

Van De Beek kembali beraksi selepas enam bulan berehat akibat kecederaan lutut dan berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika United menewaskan Olympique Lyon pada aksi persahabatan kelmarin.

Ia menjadi aksi pertama pemain Belanda berusia 26 tahun itu selepas kali terakhir turun menentang Bournemouth pada Januari ketika dia berdepan kecederaan lutut tersebut.



Van De Beek berada dalam senarai pemain yang mahu dilepaskan United pada jendela perpindahan kali ini dan mereka bersedia mendengar tawaran untuk bekas pemain tengah Ajax berkenaan yang dinilai pada harga £20 juta (RM117.78 juta).

“Buat masa sekarang, sukar untuk saya menjelaskan mengenai masa depan. Mungkin saya kekal di sini, tetapi masih ada kemungkinan untuk saya berhijrah, segala-galanya masih terbuka. Fokus saya ketika ini adalah untuk kembali cergas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




“Dalam bola sepak, banyak perkara yang sukar diramal, terutama untuk diri saya sendiri. Saya dikaitkan dengan banyak kelab, tetapi saya tidak mahu memberikan fokus mengenai perkara itu. Saya masih berbangga menyarung jersi United,” katanya.

Mengulas mengenai prestasinya pada perlawanan pertama selepas berehat panjang akibat kecederaan, Van De Beek mengakui aksi pramusim sangat penting untuk dirinya membuktikan kemampuan dan kualiti yang mampu diberikan kepada pasukan.

“Saya tahu ia adalah aksi persahabatan, tetapi ia perlawanan yang penting buat saya untuk kembali menikmati bola sepak.

“Saya baru kembali daripada kecederaan serius, berlatih untuk tempoh beberapa minggu dan beraksi buat kali pertama. Saya cergas, namun masih perlu terus berusaha dan berlatih dengan lebih keras,” jelasnya. – AGENSI



Van De Beek belum putus masa depan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button