Lelaki Thailand didakwa seludup petrol RON95

 

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki Thailand didakwa seludup petrol RON95
NAPPHON (tengah) mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup petrol bersubsidi dari negara ini ke Thailand dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Taiping, Perak hari ini.

Seorang lelaki warga Thailand mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup bahan api bersubsidi dari negara ini ke Thailand, Sabtu lalu.

Tertuduh, Napphon Abdulloh, 51, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah meletakkan bahan api petrol ke dalam tangki kereta jenis Toyota Camry bagi maksud membawa barangan itu keluar dari Malaysia melalui darat melebihi kuantiti iaitu sebanyak 60 liter.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pos Jabatan Imigresen, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada pukul 11.30 pagi, 17 Februari 2024.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 dan boleh dihukum di bawah Perenggan 5(a) peraturan sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Hasyutantee Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Tiada jaminan dibenarkan dan kes akan disebut semula pada 25 Mac depan untuk serahan dokumen dan jatuh hukuman.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading