Airbus Helicopters sasar tingkatkan bahagian pasaran ketenteraan di Malaysia

Airbus Helicopters sasar tingkatkan bahagian pasaran ketenteraan di Malaysia

Airbus Helicopters sasar tingkatkan bahagian pasaran ketenteraan di Malaysia
AXEL de Pascal. FOTO Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Airbus Helicopters menyasar untuk meningkatkan bahagian pasarannya dengan kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang terutama bagi bahagian ketenteraan di Malaysia disokong oleh permintaan yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia, Axel de Pascal berkata, Malaysia ialah pasaran penting bagi syarikat itu, dengan menjangkakan peningkatan permintaan ketenteraan untuk operasi khas serta operasi mencari dan menyelamat, selain pengangkutan taktikal di Malaysia dan serantau.

“Helikopter model H225M pelbagai peranan terbukti dalam pertempuran oleh Airbus adalah paling sesuai untuk pelbagai keperluan misi,” katanya kepada pemberita semasa taklimat media mengenai gambaran keseluruhan operasi dan pasaran Airbus Helicopters di Malaysia di sini, pada Selasa.



Beliau berkata, setakat ini, Airbus Helicopters menguasai kira-kira 50 peratus bahagian pasaran daripada 190 helikopter yang digunakan di Malaysia.

“Kami mencatatkan pertumbuhan yang signifikan dalam segmen helikopter sivil luar persisir dan segmen ketenteraan, didorong sama ada oleh penggantian kumpulan pesawat atau misi tambahan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Anak Saya Bersalah, Ambil Tindakan Jangan Tunggu, Kalau Saya Bersalah, Jangan Terbulu Bulu



Beliau berkata, H225M kini memperoleh kontrak daripada 10 pasukan tentera di seluruh dunia, dengan lebih 170 unit diserahkan, lebih 40 unit dalam pesanan, dan lagi 50 unit menyokong agensi kerajaan dalam misi mencari dan menyelamat.

“Empat daripada 10 pelanggan tentera H225M ini berada di Asia-Pasifik, termasuk Malaysia,” katanya.



Selain itu, beliau berkata, peruntukan disediakan di bawah Belanjawan 2024 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membeli 12 helikopter.

“Airbus bersedia untuk mengetengahkan H225M bagi pertimbangan apabila sampai masanya, dan kami yakin tambahan H225M akan melengkapkan kumpulan pesawat sedia ada TUDM,” katanya.

Beliau berkata, pembuat rotorkraf Eropah pasti meletakkan Airbus Helicopters sebagai rakan untuk kerajaan Malaysia dan menyokong keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk keperluan helikopter.

Airbus Helicopters sasar tingkatkan bahagian pasaran ketenteraan di Malaysia

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading