Arab Saudi jadi destinasi baharu Gerrard

Arab Saudi jadi destinasi baharu Gerrard

Arab Saudi jadi destinasi baharu Gerrard
Gerrard ketika ini sedang mengganggur selepas dipecat Aston Villa, Oktober lalu. Foto AGENSI

LONDON: Legenda Liverpool, Steven Gerrard dilaporkan bakal dilantik sebagai pengurus baharu Al Ettifaq.

Gerrard ketika ini sedang mengganggur selepas dipecat Aston Villa, Oktober lalu.

Menurut wartawan Romain Molina, Gerrard sudahpun tiba di Arab Saudi dan bersedia untuk menjadi pengurus pasukan itu.



Bekas pemain berusia 43 tahun itu dikaitkan dengan jawatan itu pada hujung minggu lalu dan nampaknya dia kini kian hampir untuk dilantik sebagai pengurus pasukan terbabit.

Al Ettifaq menamatkan saingan di tangga ketujuh daripada 16 pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



Karim Benzema meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Al Ittihad dengan pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante berpotensi menjadi rakan sepasukan baharunya.

Ketika bersama Aston Villa, Gerrard memenangi 13 perlawanan, seri lapan dan tewas 19 daripada 40 perlawanan dikendalikan.

Dia juga turut dikaitkan dengan Leicester bagi meggantikan Dean Smith selepas pasukan itu tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

-AGENSI



Arab Saudi jadi destinasi baharu Gerrard




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading