Lipas dalam sandwic

Oleh – Syeikh Baran


Lipas dalam sandwic
SEORANG pembeli menemui lipas di dalam sandwic yang ditempahnya. – Foto Reddit

Seorang pembeli menemui seekor lipas di dalam sandwic ketika dia sedang memakannya dalam kejadian di Bengaluru, India, lapor akhbar The Indian Express hari ini.

Dia berkongsi gambar sandwic bersama lipas itu di platform Reddit selepas memesannya dari dapur awam atau dikenali sebagai cloud  kitchen.



Pelanggan yang menggunakan nama NomadicGeek1  itu menulis pada kapsyen: “Lipas dalam sandwic.”

Hantaran itu menerima lebih 300 reaksi dengan ada pengguna laman sosial berkongsi kejadian serupa.

Seorang netizen menulis : “Sukar untuk mengetahui tentang kualiti kerana kebanyakan dapur awan tidak disenaraikan dalam  Peta Google.”

“Saya menemui lipas beberapa kali dalam sup yang dipesan dari dapur awan dan  beriani yang dipesan dari restoran terkenal,” kata netizen lain. 



Dapur awam membolehkan pengendali makanan menyewa ruang untuk menyediakan makanan khusus untuk penghantaran kepada pelanggan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button