6,519 saman dikeluarkan dalam Op HUU

6,519 saman dikeluarkan dalam Op HUU

6,519 saman dikeluarkan dalam Op HUU
Anggota polis trafik melakukan pemeriksaan dalam Op HUU di sekitar ibu negara. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,519 saman dikeluarkan pada hari kedua pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 4,819 saman dikeluarkan.

“Kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (247), tiada lesen memandu (194), nombor pendaftaran (76), tidak patuh lampu isyarat merah (53) dan lain-lain (1,213).



“Operasi itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut mengeluarkan 85 saman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, sembilan motosikal turut disita sepanjang operasi berkenaan.

“Kami turut melakukan lapan tangkapan atas pelbagai kesalahan seperti kes dadah dan memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Rabu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 hingga 29 September nanti.



Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

6,519 saman dikeluarkan dalam Op HUU


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading