Warga asing ‘DIY’ pusat hiburan

Warga asing ‘DIY’ pusat hiburan

Warga asing 'DIY' pusat hiburan
Antara warga Myammar yang ditahan di tiga pusat hiburan di Taman Semarak, Nilai malam tadi. – Foto NSTP/Ahmad Hasbi

NILAI: Tiga premis di kawasan rumah kedai dekat Taman Semarak, di sini diubah suai secara haram untuk dijadikan pusat hiburan warga asing yang disyaki turut membabitkan kegiatan pelacuran.

Pintu masuk premis dilengkapi dengan kata laluan dan hanya pelanggan dikenal pasti dibenarkan masuk selain premis dipasang kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik juga didapati mengupah ‘jaga air’ warga Myanmar yang bertindak sebagai pemberi maklumat jika terdapat aktiviti mencurigakan atau kehadiran pihak berkuasa.



Pengunjung disediakan lagu dalam bahasa ibunda dengan bayaran RM30 bagi tempoh sejam selain pelanggan dihidangkan minuman keras.

Bagaimanapun, keasyikan 92 warga Myanmar yang sedang berhibur terganggu apabila premis berkenaan diserbu Polis Kontinjen Negeri Sembilan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan




Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu hasil aduan orang awam mengenai kewujudan pusat hiburan haram warga asing di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, seramai 72 pegawai dan anggota polis bersama Imigresen berjaya menyerbu tiga premis yang dijadikan pusat hiburan dan karaoke warga Myanmar di Taman Semarak.

“Hasil serbuan, kami menahan 92 warga Myanmar termasuk 65 lelaki. Hasil dokumentasi, seramai 39 daripada mereka didapati melanggar pelbagai kesalahan imigresen dan diserahkan kepada Imigresen, manakala selebihnya dibawa Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, premis berkenaan beroperasi sejak lapan bulan lalu dan pernah diserbu sebelum ini, namun masih degil menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen selain dikesan beroperasi sehingga jam 6 pagi.



“Operasi ini hasil aduan orang awam yang memaklumkan berlakunya kegiatan pelacuran membabitkan warga asing, namun hasil pemeriksaan tidak menemui bukti yang menunjukkan kegiatan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid


“Ketiga-tiga premis ini menjadi tumpuan warga Myanmar kerana terdapat penempatan warga asing di sekitar Taman Semarak. Hasil pemeriksaan juga mendapati mereka menyediakan minuman keras tanpa cukai,” katanya.



Warga asing yang diserahkan kepada Imigresen didapati melanggar peraturan mengikut Seksyen 39(b) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka juga ditahan mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1988 kerana beroperasi tanpa kebenaran selain siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Warga asing ‘DIY’ pusat hiburan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button