Lebih banyak stesen pengecas EV di stesen Petronas

Lebih banyak stesen pengecas EV di stesen Petronas

Lebih banyak stesen pengecas EV di stesen Petronas
Ketua Pegawai Elsekutif Petronas Dagangan Berhad, Azrul Osman Rani (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Petronas Dagangan Berhad, Khalil Muri. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengulangi komitmennya untuk memasang lebih banyak hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) di stesen minyaknya di seluruh negara, dengan bilangannya bergantung kepada permintaan dan bilangan EV di jalan raya sepanjang tahun.

Ketua Pegawai Operasinya Khalil Muri berkata sehingga kini terdapat 25 hab pengecasan EV di stesen minyaknya, terutamanya di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan.

“Kebanyakan pemilik EV akan mengecas kereta mereka di rumah dan hanya menggunakan hab pengecasan di stesen minyak atau pusat beli-belah untuk pemanduan jarak jauh.



“Jadi kami akan melihat keseimbangan antara pengecasan di tiga premis bersama bilangan EV di Malaysia untuk melengkapkan lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak,” katanya selepas melancarkan Program Kesetiaan Ganjaran Mesra Tanpa Kad Baharu di sini hari ini.

Petronas Dagangan melancarkan program kesetiaan Ganjaran Mesra tanpa kad baharunya hari ini, yang menawarkan lebih kemudahan kepada pelanggan untuk memperoleh sehingga tiga kali mata Mesra, termasuk penebusan bahan api percuma dan banyak lagi ganjaran menarik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA



Pelanggan yang telah memuat turun dan mendaftar aplikasi Setel juga boleh memperoleh mata Mesra untuk pembelian Kedai Mesra mereka.

Lebih banyak stesen pengecas EV di stesen Petronas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading