Amaran tsunami ditarik, penduduk kongsi detik cemas

Amaran tsunami ditarik, penduduk kongsi detik cemas

Amaran tsunami ditarik, penduduk kongsi detik cemas
PETUGAS kesihatan membawa pesakit keluar dari bangunan selepas berlaku gempa bumi di wilayah Mindanao, semalam yang membawa kepada amaran tsunami. FOTO AFP.

Manila: Filipina menarik balik amaran tsunami hari ini, selepas ombak semakin surut daripada gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda selatan negara itu, hingga mencetuskan perpindahan selain ombak besar termasuk di Jepun.

Tiada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan serius, namun beberapa penduduk wilayah Mindanao melaporkan kerosakan pada bangunan di kawasan itu.

Lebih 500 gegaran susulan direkodkan dan Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menggesa orang ramai berhati-hati dalam meneruskan aktiviti harian.



“Ancaman tsunami yang dikaitkan dengan gempa bumi ini sebahagian besarnya telah melepasi Filipina,” kata Phivolcs dalam kenyataan serta menasihati penduduk yang berada dalam lingkungan ancaman supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sebelum ini, agensi itu menggesa orang yang tinggal berhampiran pantai Surigao Del Sur dan wilayah Davao Oriental untuk berpindah ke kawasan pedalaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?


Agensi Bencana Negara pula sedang menilai kesan gempa dengan pasukan darat masih mengumpul maklumat, manakala Pengawal Pantai Filipina meletakkan asetnya dalam keadaan berjaga-jaga untuk kemungkinan penghantaran bantuan.

Amaran tsunami ditarik, penduduk kongsi detik cemas
ORANG ramai keluar daripada bangunan dan berkumpul di jalan raya susulan gempa bumi di wilayah Mindanao semalam yang mencetuskan amaran tsunami. FOTO AFP.

Pekerja hotel di pinggir pantai Bisliq, Julita Bicap, 51, berkata, mereka mula pulang ke rumah pada awal pagi walaupun masih merasa gegaran ringan,



Katanya, bekalan elektrik dipulihkan kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan dan sebelum itu mereka ditempatkan di pusat pemindahan.

“Malam tadi kami berada di pusat pemindahan termasuk dua tetamu hotel warga asing. Seorang daripadanya sudah pulang ke hotel,” katanya kepada Reuters, sambil memaklumkan yang dia menyedari keretakan kecil di dinding hadapan hotel.

Berpuluh penduduk dilihat berada di pusat pemindahan menerusi gambar yang dikongsi di media sosial oleh pihak berkuasa wilayah Hinatuan iaitu 30km dari pusat gempa.

Pengusaha hotel kecil di Hinatuan, James Soria berkata, terdapat kerosakan besar di rumahnya dan gegaran masih lagi berlaku ketika dia dihubungi Reuters.

Cosme Calejesan, 47, pula memberitahu dia sedang tidur di rumahnya di Surigao City apabila dikejutkan dengan bunyi almarinya yang bergegar.

“Ia menakutkan… berlaku tiba-tiba dan saya bimbangkan anak-anak saya,” katanya.​

Amaran tsunami ditarik, penduduk kongsi detik cemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker