Warga Rusia menyelinap ke pesawat menuju ke LA

Warga Rusia menyelinap ke pesawat menuju ke LA

Warga Rusia menyelinap ke pesawat menuju ke LA
FOTO fail menunjukkan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. FOTO AFP

Los Angeles: Seorang warga Rusia didakwa selepas menyelinap ke dalam pesawat di Denmark menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), lapor portal ABC News.

Sergey Vladimirovich Ochigava didakwa menaiki penerbangan ke Los Angeles dari Copenhagen, Denmark, pada 4 November lalu.

Berdasarkan aduan, Ochigava tidak dapat mengemukakan pasport atau visa untuk memasuki AS.



“Apabila disoal pihak berkuasa, Ochigava memberi maklumat palsu dan mengelirukan mengenai perjalanannya ke AS, termasuk pada mulanya memberitahu Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa dia meninggalkan pasport AS di dalam kapal terbang.

“Semasa penerbangan, Ochigava diperhatikan menukar tempat duduk, makan dua kali pada setiap perkhidmatan makan, dan cuba memakan coklat milik kru kabin,” kata aduan itu.

Aduan itu mengatakan warga Rusia mesti mempunyai visa dan pasport yang sah untuk memasuki AS.

Pegawai didakwa cuba membuat carian namanya, tiada apa yang muncul, menurut aduan itu.



Dalam temu bual dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Ochigava didakwa berkata, dia mempunyai doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dan pemasaran dari universiti di Rusia.

Menurut aduan itu lagi, Ochigava mendakwa dia tidak tidur selama tiga hari dan tidak memahami apa yang berlaku serta menyatakan dia mungkin mempunyai tiket pesawat untuk datang ke AS, tetapi dia tidak pasti untuk apa.

Warga Rusia itu berkata, dia tidak ingat bagaimana dia menaiki pesawat dan tidak akan menjelaskan bagaimana atau bila dia sampai ke Copenhagen atau apa yang dia lakukan di sana.

Dia turut mendakwa tidak ingat bagaimana dia boleh menaiki pesawat.



Warga Rusia menyelinap ke pesawat menuju ke LA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button