Potter akur seri di Brentford

LONDON: Graham Potter mempertahankan keputusannya untuk merehatkan Pierre-Emerick Aubameyang ketika seri 0-0 menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Walaupun deretan lima kemenangan Chelsea dalam semua pertandingan berakhir di Brentford, Potter sekurang-kurangnya belum tewas dalam tujuh perlawanan.

Chelsea yang kini menghuni tangga keempat liga, juga belum dibolosi dalam lima perlawanan terakhir mereka.



Potter melakukan lima pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Aston Villa 2-0, dengan bekas penyerang Barcelona, Aubameyang bermula di bangku simpanan walaupun bintang Gabon itu meledak tiga gol dalam lima penampilan terakhirnya.

Dia akhirnya dimasukkan ketika permainan berbaki sembilan minit, namun ia terlalu singkat untuk membawa perubahan.

“Dia sudah kerap bermain dan ia memberikan Kai Havertz peluang untuk beraksi. Bagi saya satu mata adalah keputusan yang adil.

“Mereka mempunyai peluang dan kami juga mempunyai peluang. Kami terus mengasak hingga akhir permainan tetapi mereka terus bertahan.



“Apa yang positif ialah kami kekal tidak dibolosi dan mendapat mata. Empat mata daripada dua perlawanan di tempat lawan adalah sesuatu yang positif,” kata Potter.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading