Fokus jaga rakyat – Veteran UMNO

02/12/2020 07:23 PM

GEORGE TOWN, 2 Dis — Pemimpin, tidak kira dari mana-mana parti politik dalam negara digesa supaya tidak terus mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Veteran UMNO Tan Sri Mohd Yussof Latiff yang membuat gesaan itu berkata fokus sebaliknya perlu diberikan kepada usaha menjaga kebajikan rakyat, serta mencari jalan bagaimana membantu kerajaan mendepani cabaran ekonomi kesan pandemik COVID-19.

“Pada pandangan saya, perjalanan kerajaan yang diterajui perdana menteri dengan melantik empat menteri kanan bagi membantu pentadbiran adalah baik dan ia berjalan lancar… maka tidak perlulah perebutan jawatan ini (TPM).

“Rakyat cukup susah sekarang ini, …selepas pilihan raya umum (PRU) KE -15, barulah fikir soal ini (jawatan TPM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Yussof berkata dalam tempoh negara sedang berusaha untuk mengukuhkan ekonomi serta mengatasi krisis kesihatan, tuntutan mewujudkan jawatan sedemikian adalah tidak sesuai kerana dilihat boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Leave a Reply