Al-Ittihad ikat Jota dari Celtic

Al-Ittihad ikat Jota dari Celtic

Al-Ittihad ikat Jota dari Celtic
Jota (tengah) bersama dua pegawai atasan Al-Ittihad selepas menandatangani kontrak bersama kelab Jeddah itu pada Isnin. – Foto Twitter Ittihad Club

JEDDAH: Pemain sayap Celtic, Jota menyertai Al-Ittihad menerusi kontrak tiga tahun, umum kelab juara Liga Pro Saudi itu pada Isnin.

Butiran kewangan tidak didedahkan namun media Scotland melaporkan bayaran perpindahan sebanyak £25 juta (RM148 juta).

Al-Ittihad mengumumkan perjanjian itu dengan menyiarkan video animasi jurulatih Nuno Espirito Santo menonton jaringan Jota.



“Kami mahu menguasai dunia,” kata bekas jurulatih Wolverhampton Wanderers itu dalam video dengan Piala Kelab Dunia FIFA sebagai latar belakang.

Al-Ittihad akan menyertai Piala Kelab Dunia di Jeddah pada Disember depan sebagai juara liga negara tuan rumah.

Al-Ittihad ikat Jota dari Celtic
Jota meraikan gol di Hampden Park, Glasgow ketika beraksi dengan juara Scotland, Celtic. – Foto REUTERS
Jota, 24, menjadi pemain ketiga dibeli Al-Ittihad selepas pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema dan bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante.

Bekas penyerang Benfica itu meledak 28 gol dan melakukan 26 umpanan gol dalam 83 perlawanan selepas berpindah ke kelab juara Scotland itu pada 2021.

Liga Pro Saudi menjadi destinasi tarikan pemain Eropah sejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr pada Januari lalu.



Bulan lalu, Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi mengumumkan projek pelaburan dan penswastaan kelab sukan membabitkan Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.

PIF memiliki 75 peratus pegangan saham setiap empat kelab itu, manakala yayasan masing-masing memiliki 25 peratus daripadanya. – REUTERS

Al-Ittihad ikat Jota dari Celtic


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading