KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit

KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit

KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit
KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit

Ada berita baik untuk pengguna setia KTM Komuter. KTM Komuter kini telah mula menyokong pembayaran menggunakan kad debit di ACG (Automatic Control Gate).

Wow, lepas ni lebih mudah lah, tak perlu tambah nilai guna sahaja kad debit.

Malah, ia juga memberikan lebih kemudahan dan alternatif kepada pengguna dalam melakukan pembayaran ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.



KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit

 

Buat masa ini, ciri baharu ini boleh digunakan di semua stesen perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan Utara.

Dalam pada itu, hanya kad bank tempatan sahaja yang boleh digunakan pada terminal pintu kawalan automatik.

KTM turut menekankan yang mana nilai pegangan sementara sebanyak RM30 akan dilaksanakan, dan baki akan dipulangkan dalam tempoh masa sehari ke tiga hari.



Sekiranya nilai pegangan sementara tidak berjaya diperolehi, maka KTM Komuter akan senarai hitam kad debit penumpang berkenaan, dan perlu membuat bayaran secara tunai di kaunter destinasi.

KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk kepada FAQ yang disediakan pihak KTM Komuter dalam memudahkan lagi para penumpang dalam menggunakan ciri baharu ini

Sebelum ini, Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia mengumumkan yang perkhidmatan pengangkutan awam akan menyokong sistem pembayaran terbuka (STP) di mana sistem pembayaran terbuka ini telahpun digunakan di lebuh raya.



Kredit: X KTM Berhad

KTM Komuter Sokong Perkhidmatan Pembayaran Menggunakan Kad Debit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading