COVID-19 dikesan dalam air kumbahan beberapa minggu sebelum tunjuk gejala – Kajian

Hebahkan !!!

10/12/2020 12:11 PM

CANBERRA, 10 Dis — Satu kajian di Australia mendapati ujian air kumbahan dapat mengesan COVID-19 beberapa minggu sebelum seseorang yang dijangkiti mengalami gejala.

Menurut agensi berita Xinhua, kajian yang diterbitkan Pertubuhan Penyelidikan Ilmiah dan Industri Komanwel (CSIRO) dan University of Queensland pada Khamis, menunjukkan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, boleh dikesan pada air kumbahan tiga minggu sebelum kes ditemui menerusi ujian klinikal.

Pasukan itu mengesan genetik virus tersebut dalam sampel air kumbahan yang dikumpulkan di Brisbane, Australia, pada akhir Februari, tiga minggu sebelum kes klinikal pertama di bandar ini dilaporkan.

Penyelidik berharap penemuan itu dapat membantu pihak berkuasa menghindari sekatan pergerakan meluas pada masa depan sebaliknya hanya tertumpu di kawasan virus itu dikesan dalam air kumbahan, tambah Xinhua.

Leave a Reply

%d bloggers like this: