Vondrousova berjaya lunas misi mustahil

Vondrousova berjaya lunas misi mustahil

Vondrousova berjaya lunas misi mustahil
VONDROUSOVA melakar kejutan menjulang gelaran Wimbledon selepas menundukkan Jabeur pada aksi final kelmarin. – AFP

LONDON – Jaguh tenis Republik Czech, Marketa Vondrousova mengakui dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menjulang gelaran Kejuaraan Wimbledon apabila sedar saingan Grand Slam tersebut paling mustahil untuk dimenanginya.

Setahun yang lalu, Vondrousova dihimpit prestasi tidak menentu sejurus mengambil masa yang lama untuk mendapatkan permainan terbaiknya semula selepas menjalani pembedahan pergelangan tangan kirinya.

Disebabkan itu, pemain ber­usia 24 tahun itu tidak mengambil bahagian pada saingan berkenaan dan sekadar hadir memberi sokongan kepada rakan senegaranya.



Tahun ini, Vondrousova yang turun sebagai bukan pemain pilihan utama melakukan kejutan dengan menewaskan jaguh tenis Tunisia, Ons Jabeur dengan keputusan 6-4, 6-4 sekali gus memenangi gelaran Grand Slam sulungnya.

“Selepas semua yang saya lalui dan tangan berbalut tahun lalu, kini saya tidak percaya yang saya sedang memegang trofi ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




“Saya tidak bermain dengan baik sebelum ini terutama di permukaan rumput. Saya fikir ia adalah Grand Slam yang paling mustahil untuk saya menang, jadi saya tidak memikirkannya untuk melangkah lebih jauh.

“Sebaik melangkah ke perlawanan ini, saya hanya seperti ingin cuba untuk memenangi beberapa perlawanan. Hari ini segalanya berbeza apabila saya berjaya menjulang gelaran berprestij ini. Bagi saya kemena­ngan ini benar-benar tidak masuk akal,” katanya.

Hasil kemenangan tersebut, Vondrousova bakal menyertai rakan seperjuangan yang lain seperti Jana Novotna dan Petra Kvitova sebagai wanita dari Republik Czech yang berjaya memenangi gelaran Wimbledon.

Lebih manis, Vondrousova adalah pemain bukan pilihan kesembilan yang pernah bergelar juara di pentas Grand Slam dan pemain ranking kedua terendah mara ke final Wimbledon selepas Serena Williams melakukannya pada tahun 2018 ketika berada di ranking ke-181 dunia. – AGENSI



Vondrousova berjaya lunas misi mustahil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button