Silap Besarlah Kata Rafizi Takut…

Silap Besarlah Kata Rafizi Takut

Silap Besarlah Kata Rafizi Takut…

 

Ramai yang beranggapan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sengaja menggunakan alasan bulan Ramadhan untuk mengelak berdebat dengan pengkritik beliau.

Pada pandangan penulis, ada rasionalnya alasan yang Rafizi berikan itu.



Sama ada beliau sengaja menggunakannya sebagai alasa untuk mengelak atau memang itu sebenarnya, adalah isu nombor seratus.

Cuba fikirkan, bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia di mana kedatangannya sangat di nantikan kerana hanya menjelma setahun sekali.

Sekiranya podcast diadakan di waktu malam, umat Islam akan sibuk untuk bertarawikh.

Tapi betul juga cakap pengkritik Rafizi, takkan sepanjang malam umat Islam bertarawikh…😜😜😜



Dan juga sangat betul kata pengkritik Rafizi, pada bila-bila masa kita boleh tonton semula melalui Youtube.

Cantik juga kalau tetamu yang berkunjung di Hari Raya kita ajak bersama-sama menonton podcast tersebut, mesti bestkan.

Lebih-lebih lagi kalau tetamu yang datang tu adalah penyokong tegar Rafizi…😂😂😂

Pengkritik Rafizi juga tuduh Rafizi sembang kencang.



Masa dalam hospital, Rafizi sendiri yang cakap, beliau rasa tidak ada masalah untuk berdebat dengan siapa sahaja.

Malah kata Rafizi, Bossku sendiri pernah beliau ajak berdebat tapi telah ditolak.

Betullah cakap Rafizi tu.

Cuma yang Rafizi tidak beritahu, adakah beliau sama level untuk berada di atas pentas yang sama dengan Bossku.



Kalau nak kata Bossku takut berdebat, bos Rafizi sendiri nampak hilang arah bila berdebat dengan Bossku mengenai ekonomi…😉😉😉

Rafizi juga beritahu, mungkin selepas Hari Raya baru beliau boleh berhadapan dengan pengkritik beliau dalam podcast tersebut.

Pengkritik Rafizi kenalah faham, Rafizi sekarang bukan Rafizi dahulu.

Sekarang Rafizi berjawatan menteri, bukan menteri bisher-bisher, tapi Menteri Ekonomi.



Ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya atas kebijaksanaan dan formula-formula Rafizi.

Cuba tenguk macam mana hancurnya ekonomi Malaysia sebaik sahaja Rafizi masuk hospital.

Jadi kenalah Rafizi pulihkan dulu sebab dia seorang saja yang mampu pulihkan.

Sabarlah yer, sama-sama kita tunggu lepas raya tapi jangan lupa tanya raya tahun bila…😝😝😝



 

Silap Besarlah Kata Rafizi Takut…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading