Polis tahan lori bawa 7,000 karton rokok seludup

Polis tahan lori bawa 7,000 karton rokok seludup

Polis tahan lori bawa 7,000 karton rokok seludup
Muhamad Zaki (tengah) melihat lori yang ditahan membawa muatan rokok seludup bernilai RM350,000 selepas sidang media di IPK Kelantan. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Sebuah lori sarat mengandungi 7,000 karton rokok seludup diekori sejauh kira-kira 300 kilometer bermula dari Kemaman, Terengganu hingga ke Peringat di sini.

Tindakan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Bukit Aman sebelum satu serbuan dibuat di sebuah stor di Kampung Padang Mokan pada jam 8.20 pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata tiga lelaki berusia 23 hingga 47 tahun yang juga pemilik stor, pemandu lori dan tonto ditahan dalam serbuan itu.



“Lori jenis Fuso itu diekori bermula dari Terengganu dengan diiringi sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang bertindak sebagai tonto.

“Lori itu ditahan di sebuah stor di Kampung Padang Mokan, di sini, ketika aktiviti memunggah kotak rokok dilakukan dan hasil siasatan awal, stor itu milik seorang daripada lelaki terbabit.

“Lelaki itu juga mengaku sudah menjalankan aktiviti penyeludupan rokok sebanyak tiga kali sejak Mei lalu dan rokok itu dipercayai untuk pasaran di Kelantan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Muhamad Zaki berkata, nilai keseluruhan rokok seludup dirampas dianggarkan RM350,000 dan dalam serbuan itu juga lori serta dua kereta jenis Ford Everest dan Toyota Camry turut disita, namun semakan dibuat didapati tiada rekod hilang.



Katanya, hasil ujian saringan dibuat, ketiga-tiga lelaki itu negatif dadah dan tiada rekod lampau.

“Permohonan reman sedang dibuat untuk siasatan kes mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

700 karton bir tanpa cukai dirampas



Polis tahan lori bawa 7,000 karton rokok seludup

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button