Remaja maut jatuh flat dipercayai akibat putus cinta

Remaja maut jatuh flat dipercayai akibat putus cinta

Remaja maut jatuh flat dipercayai akibat putus cinta
Seorang remaja perempuan ditemui maut selepas disyaki jatuh dari tingkat lima sebuah flat di Jalan Pulai 84/11, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai di sini, semalam. – Foto ihsan pembaca

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja perempuan ditemui maut selepas disyaki jatuh dari tingkat lima sebuah flat di Jalan Pulai 84/11, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai di sini, semalam.

Pelajar berusia 17 tahun itu ditemui kira-kira jam 5.45 petang di tingkat bawah blok perumahan flat itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis di Balai Polis Kangkar Pulai menerima laporan berkaitan kejadian itu sebelum ke lokasi untuk menjalankan siasatan.



Katanya, terdapat saksi yang nampak remaja itu bermain telefon di tingkat lima sebuah blok di flat itu sebelum mendengar ada bunyi jatuh.

“Saksi nampak mayat mangsa berada di lantai bawah blok terus menelefon Balai Polis Kangkar Pulai untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian remaja terbabit dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Siasatan lanjut mendapati teman lelaki mangsa mengatakan mahu memutuskan hubungan dengannya dan mangsa ada menghubungi teman lelakinya, tetapi tidak dijawab oleh teman lelakinya itu,” katanya.



Rahmat berkata, pemerhatian awal terhadap tubuh badan mayat perempuan itu mendapati terdapat kecederaan teruk di bahagian kepala akibat terjatuh ke lantai simen di lokasi kejadian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Remaja maut jatuh flat dipercayai akibat putus cinta

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button