SPRM diminta telus dalam siasatan kes seleweng wang zakat MAINS

SPRM diminta telus dalam siasatan kes seleweng wang zakat MAINS

SPRM diminta telus dalam siasatan kes seleweng wang zakat MAINS
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau, Shukri Shamsudin pada sidang medianya di Seremban hari ini. NSTP/Ihsan UMNO Bahagian Rembau

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta lebih telus dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan wang zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau, Shukri Shamsudin, berkata ia disebabkan kenyataan mengelirukan daripada pihak SPRM berhubung isu terbabit.

“Selepas membaca pendedahan yang dibuat melalui satu agensi berita, saya telah bertindak dan hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya untuk membuat laporan pada 7 Februari lalu.



“Bagaimanapun saya diberitahu tiada satu dokumen laporan mengenai kes terbabit dikesan atau diterima oleh SPRM.

“Sebaliknya Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail dalam satu kenyataan pada 9 Februari lalu, mendakwa pihak SPRM telah menerima laporan pada 2019 dan selesai menyiasat pada tahun sama dengan keputusan tiada unsur rasuah berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden 3 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Firdaus Radzali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Shukri berkata, kenyataan terbabit jelas mengelirukan serta menggambarkan seolah-olah SPRM mengambil mudah isu berkenaan, sedangkan ia membabitkan wang zakat yang begitu besar jumlahnya.



Katanya, pihaknya merancang untuk mengumpulkan memorandum daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Sembilan bagi menyatakan solidariti dan sokongan akan usaha membersihkan semula imej serta maruah institusi agama Islam.

“Saya dan rakan-rakan dalam NGO yang ada akan memantau perkembangan isu terbabit secara dekat dan tidak menolak kemungkinan akan memohon menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang yang Empat bagi meminta campur tangan mereka,” katanya.

Media sebelum ini, melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof turut memberitahu kes terbabit masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah.



Pada masa sama, MAINS menafikan tohmahan dan menyifatkan ia adalah fitnah yang disebar melalui media sosial.

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

SPRM diminta telus dalam siasatan kes seleweng wang zakat MAINS

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button