Ramai Ketua Bahagian tolak pelawaan ke New York

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ramai Ketua Bahagian tolak pelawaan ke New York

Sidang UNGA (United Nations General Assembly) bermula 13 hingga 27 September 2022 di New York akan turut dihadiri Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.



Senarai nama tetamu PM yang juga merupakan Ketua Bahagian Umno ke UNGA telah tersebar dalam whatsapp sejak minggu lepas.

Bagaimanapun, dari 10 nama yang tersenarai secara rasmi, difahamkan ada antara mereka tidak dapat menghadiri sidang tersebut.

Ramai Ketua Bahagian tolak pelawaan ke New York

 



Namun begitu, ada desas-desus senarai nama lain yang tidak rasmi juga turut tersebar menerusi perkongsian whatsapp. Dikatakan ada lebih kurang 50 ke 70 nama Ketua Bahagian Umno yang akan ke New York pada tarikh rasmi sidang UNGA.

Apa yang mengejutkan, dikatakan para Ketua Bahagian Umno ini hanya pergi untuk bercuti sahaja.

Siapa yang mengeluarkan belanja untuk membawa senarai tidak rasmi itu ke New York dan apa tujuan sebenar pelawaan tersebut? Lebih menimbulkan pertanyaan, siapa yang pelawa mereka?

Ramai Ketua Bahagian tolak pelawaan ke New York



Difahamkan juga, sudah ada Ketua Bahagian Umno telah menolak pelawaan tersebut kerana bimbang dikecam ahli Bahagian selepas pulang dari Amerika. Sudah pasti pelbagai pertanyaan akan diajukan kepada mereka.

Bukankah sesuatu yang pelik secara tiba-tiba mereka mahu pergi ke luar negara tanpa ada urusan rasmi di waktu Ringgit lemah berbanding Dollar US. Apatah lagi mesyuarat Umno sedang rancak dilangsungkan. 

Parlimen bubar sebelum UNGA berlangsung?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button