Koperal di zon merah hospital dirempuh remaja lari sekatan jalan

Koperal di zon merah hospital dirempuh remaja lari sekatan jalan

Koperal di zon merah hospital dirempuh remaja lari sekatan jalan
Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika operasi sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di pusat bandar Shah Alam malam tadi. – Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Seorang anggota trafik cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Koperal Ahmad Haizaki Salimon, 42, cedera di muka dan badan, kini ditempatkan di zon merah Hospital Shah Alam bagi ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada kepala.

Penunggang motosikal berusia 21 tahun yang merempuh anggota trafik itu pula cedera ringan dan turut dirawat di hospital sama.



Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam Deputi Superintendan SH Roslee SH Mohd Norrani berkata, penunggang motosikal itu tidak sepatutnya melarikan diri hanya kerana ketiadaan cermin pandang sisi dan ia bukan kesalahan berat.

“Melarikan diri ketika sekatan jalan raya hanya membahayakan diri sendiri, anggota polis bertugas serta pengguna lain,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal melihat sekatan jalan raya di hadapan laluannya berpatah balik dan melawan arus jalan untuk melarikan diri.

“Disebabkan panik, penunggang motosikal itu melanggar anggota polis berkenaan.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 186 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Koperal di zon merah hospital dirempuh remaja lari sekatan jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading