36,432 saman trafik di ibu negara dalam tempoh seminggu

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

36,432 saman trafik di ibu negara dalam tempoh seminggu
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36,432 saman trafik dikeluarkan dalam tempoh seminggu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata, jumlah saman itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Hormat Undang-undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua sejak 15 September.

Menurutnya, mana-mana individu yang disaman sepanjang operasi itu berlangsung sehingga 29 September tidak layak untuk mendapat tawaran pengurangan atau diskaun.



“Kalau kita lihat jumlah saman dikeluarkan mendapati masih ada ruang untuk warga Kuala Lumpur meningkatkan kepatuhan kepada peraturan lalu-lintas.

“Kerana jumlah 36,432 saman dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari adalah jumlah yang besar menunjukkan masih ada pelanggaran peraturan secara sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang media Op HUU Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, 126 pelbagai jenis operasi trafik dijalankan di sekitar ibu negara melibatkan 754 pegawai rendah polis (PRP) dan 45 pegawai kanan yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik sekitar ibu negara.

“Kesalahan paling kerap dilakukan melibatkan halangan lalu lintas sebanyak 27,755, berhenti di laluan pejalan kaki (1,523), tiada lesen memandu (678) dan warga asing memandu tanpa lesen (28).



“Selain itu 338 saman dikeluarkan atas kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah, nombor pendaftaran ‘fancy’ (198), berhenti petak kuning (32) dan lain-lain kesalahan 5,880,” katanya.

Allaudeen berkata 59 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik manakala 29 kenderaan disita kebanyakannya kerana tidak memiliki cukai jalan dan lesen memandu sah.

Katanya, Polis Kuala Lumpur akan meneruskan operasi penguatkuasaan besar-besaran dalam tempoh berbaki tujuh hari pelaksanaan Op HUU berkenaan.

36,432 saman trafik di ibu negara dalam tempoh seminggu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading