Didenda RM5,000 rempuh anggota JPJ
Didenda RM5,000 rempuh anggota JPJ
PORT DICKSON: Penunggang motosikal yang merempuh anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga cedera ketika sekatan jalan raya (SJR) Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, dari menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukannya.
Kesalahan itu dilakukan pada 17 September 2023, kira-kira 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum kerana perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang mengandung selain telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzaty Mohd Zainal mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh selain mampu memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak menghalang tugas penjawat awam.
Selain itu katanya, perlu mengambil kira kecederaan dialami anggota JPJ terbabit.
Sebelum ini JPJ dalam kenyataan berkata, kejadian itu mengakibatkan anggota JPJ mengalami cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki, namun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
Didenda RM5,000 rempuh anggota JPJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MP Putrajaya Yang Mudah Lupa
- PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN
- MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :