Muslihat gelang ‘magnet’ berlampu dipakai GRO

Muslihat gelang ‘magnet’ berlampu dipakai GRO

Muslihat gelang 'magnet' berlampu dipakai GRO
Seramai 23 GRO warga asing yang ditahan dalam Op Pintas Pusat Hiburan oleh Bahagian D3 ATIPSOM JSJ Bukit Aman di sebuah premis hiburan di Jalan Kuchai Maju 11, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. – Foto ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Sebuah premis hiburan yang disyaki menyediakan perkhidmatan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di Jalan Kuchai Maju 11, di sini, diserbu polis, tengah malam tadi.

Serbuan dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Semakan mendapati GRO yang melayan pelanggan dipakaikan gelang magnet berlampu berbeza sebagai tanda nilai tip perlu dibayar pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat mereka.



Difahamkan, warna lampu pada gelang menunjukkan harga yang perlu dibayar pelanggan dengan kadar serendah RM100 dikenakan untuk melayan mereka minum dan berkaraoke.

Dalam pada itu, seorang wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai ketua atau ‘mummy’ kepada GRO, enggan mengakui peranannya itu ketika soal siasat awal walaupun dia dikesan menyediakan gelang untuk kumpulan GRO terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata 23 wanita warga asing disyaki GRO, terdiri dua warga Indonesia dan 21 warga Thailand ditahan dalam serbuan itu.

“Polis turut menahan seorang wanita tempatan dipercayai berperanan sebagai ‘mummy’ selain dua lelaki tempatan dan tiga lelaki Bangladesh,” katanya.

Serbuan menerusi Op Pintas Pusat Hiburan itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman.

Fadil berkata, semua yang ditahan berusia 21 hingga 52 tahun, termasuk seorang lelaki tempatan yang cuba menghalang tugas polis.



Katanya, semakan mendapati premis hiburan berkonsep pub dan karaoke mempunyai lesen perniagaan sah dan baru beroperasi kira-kira dua bulan.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Muslihat gelang ‘magnet’ berlampu dipakai GRO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button