TDM bina hospital pakar swasta pertama di Kemaman

TDM bina hospital pakar swasta pertama di Kemaman

TDM bina hospital pakar swasta pertama di Kemaman
AHMAD Samsuri Mokhtar (empat, kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah untuk pembinaan hospital pakar swasta pertama di Kemaman, Terengganu. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN: Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Berhad membina sebuah hospital pakar swasta pertama di daerah ini, iaitu KMI Chukai Medical Centre.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hospital di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) itu akan mula dibina pada suku pertengahan tahun hadapan dan dijangka beroperasi awal tahun 2028 dengan kos dianggarkan bernilai RM70 juta.
ADVERTISEMENT

“Pembinaan hospital swasta ini adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan mencukupi di negeri ini.



“Apabila siap kelak, KMI Chukai ini akan menempatkan 50 buah katil dengan pelbagai fasiliti moden dan hospital ini mempunyai bilik persendirian untuk memberi keselesaan dan ruang privasi kepada pesakit,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah KMI Chukai Medical Centre di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, antara bidang perubatan yang ditawarkan adalah termasuk perubatan am, obstetrik dan ginekologi, ortopedik, pediatrik, anesthesia, radiologi, perkhidmatan kecemasan 24 jam dan farmasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah




Menurutnya, hospital tersebut juga akan berkonsepkan hospital mesra ibadah dan pegawai agama akan ditempatkan di hospital berkenaan bagi membantu dan memberi panduan kepada pesakit untuk menunaikan solat.

Pada majlis tersebut, KMI Healthcare turut menandatangani Perjanjian Jual Beli tanah seluas 2.2 hektar yang terletak di Kampung Jaya, Mukim Chukai bernilai RM14.1 juta dengan Majlis Perbandaran Kemaman untuk pembangunan hospital pakar tersebut.

Perjanjian tersebut ditandatangani Pengarah Eksekutif TDM Berhad Najman Kamaruddin dengan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Ahmad Nazwawi Harun.

Sehingga kini, TDM Berhad memiliki lima hospital pakar iaitu di Kelana Jaya, Selangor; Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu; Taman Desa, Kuala Lumpur dan Tawau, Sabah. – UTUSAN



TDM bina hospital pakar swasta pertama di Kemaman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button