Desak Zahid ‘Rehat’, Rencana ‘Tangan Ghaib’?

Desak Zahid Undur, Alasan Seperti Skrip Tersedia

KP Pontian

Desakan oleh Ketua Pemuda Bahagian Umno Pontian terhadap Presiden Umno boleh disifatkan sebagai kenyataan yang disediakan pihak tertentu.

Mohd Helmi Buang menyatakan pendekatan  pemimpin mesti ada perubaha  yang ketara mengikut arus zaman. Beliau turut menggunakan hujah surat sokongan terhadap Anwar Ibrahim, DAP dan ‘kluster mahkamah’ dalam mempertahankan kenyataannya nampak begitu kurang cerdik sebagai seorang Ketua Pemuda Umno. Penafian berkaitan sokongan kepada DSAI dan DAP telah dinyatakan Ibu Pejabat Umno sendiri dan isu mahkamah pula ternyata Zahid belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.



Adakah Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah tidak menerangkan perkara tersebut kepada Ketua Pemuda Bahagian di Johor berkaitan hal itu? Apabila Helmi mengunapakai dakwaan bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa, ini menunjukkan ada sesuatu yang ‘licik’ sedang berlaku. Mengapa Helmi tidak berani mendesak Setiausaha Agung Umno Dato Ahmad Maslan turut berehat memandangkan beliau juga berdepan tuduhan di Mahkamah?

Sebagai rekod kemenangan Zahid dalam pemilihan Presiden Umno berkuatkuasa dari 2018 hingga 2021 dan beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan Umno dalam keadaan Umno menjadi pembangkang. Dengan pelbagai tekanan daripada Pakatan Harapan, Zahid membuat keputusan ‘bercuti’ dan menyerahkan tugas kepada Timbalan Presiden sebagai langkah menenangkan suasana dan tekanan terhadap Umno.

Helmi yang kemudiannya membuat kenyataan beliau bersedia dihukum kerana mengkritik Presiden ternyata belum matang dalam berpolitik. Sepatutnya sebelum mengeluarkan sebarang kritikan, beliau perlu berbincang dengan rakan seangkatan bagi mencari solusi terbaik dalam memperkatakan mengenai isu yang digunakan untuk merosakkan kekuatan Umno. Pemuda Umno seharusnya menjadi benteng terhadap serangan lawan terhadap Institusi Umno dan menjadi pengkritik yang relevan kerana Umno sentiasa mengamalkan demokrasi untuk ahli menyuarakan pendapat.

Sebagai Anak Muda seharusnya beliau lebih memandang isu tempatan di Johor dan menggembleng tenaga anak muda membantu mangsa banjir di Johor daripada mencari populariti menerusi kenyataan bersifat ‘khadam’ yang sekadar mengikuti skrip tersedia. Helmi seeloknya memikirkan pendekatan yang lebih baik dalam isu pandemik covid19 di Pontian dan bukannya bermain persepsi sendiri.



DAP TUNJUK DOMINASI – DESAK PKR NYATAKAN PENDIRIAN ANTARA MAHATHIR ATAU ANWAR

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button