Taklimat dalam talian CEO Liga Malaysia dapat pujian pasukan tempatan

14/01/2021 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Program taklimat dalam talian ketua-ketua pegawai eksekutif kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang berakhir hari ini, menjadi medan terbaik kepada pengurusan pasukan tempatan mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan Liga-M bermula pada 26 Feb ini.

Taklimat berkenaan berlangsung selama dua hari sejak semalam dan diadakan dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri yang bermula sejak semalam.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, percaya beberapa input yang diterangkan oleh wakil Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dapat merungkai beberapa persoalan daripada pengurusan pasukan tempatan berhubung perjalanan Liga-M pada musim ini.

“Taklimat kali ini banyak juga perubahan dalam beberapa perkara kerana ini pertama kali semua pasukan sudah berdaftar atas nama kelab tetapi secara asasnya, masih ada perkara yang sama,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan MFL hari ini.

Berkongsi pandangan sama adalah pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang memuji pendekatan digunakan MFL dalam memberi penerangan kepada kesemua pasukan yang terlibat dalam saingan Liga-M berhubung beberapa perkara termasuk aspek perundangan.

“Pembentangan diberikan juga sangat jelas. Semua perkara yang dibincangkan dalam taklimat itu cukup terperinci,” jelas Norizam.



Presiden MFL Datuk Hamidin Mohd Amin turut menyertai sesi taklimat berkenaan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan serta barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL yang mempengerusikan unit masing-masing.

Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button