Juruaudit dikejar lelaki berparang

Juruaudit dikejar lelaki berparang

Juruaudit dikejar lelaki berparang
Tangkap layar menunjukkan lelaki menggunakan parang membuat kecoh di sebuah gerai burger hadapan kedai dobi layan diri di pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor. – Video tular

KUALA SELANGOR: Berang ditegur supaya memperlahankan suara, seorang lelaki menggunakan parang mengejar juruaudit dalam kejadian di hadapan sebuah dobi layan diri di pekan Bestari Jaya, di sini.

Kejadian jam 9.50 malam Rabu lalu itu turut menyaksikan suspek berusia 44 tahun, dipercayai di bawah pengaruh alkohol ketika insiden berkenaan, melibas tempat duduk sebuah motosikal diletakkan berhampiran sebuah kedai buger sehingga terkoyak.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata sebelum kejadian berkenaan, suspek menghampiri juruaudit berusia 30 tahun itu yang pengadu dalam kes terbabit dan isterinya sambil membuat bising.



“Suspek meminta wang daripada pengadu dan peniaga burger, manakala pengadu meminta suspek memperlahankan suara. Suspek yang marah kemudian menuju ke kereta dan mengambil parang lalu mengejar pengadu sambil menghayun senjata tajam itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, juruaudit itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) tiba di lokasi lalu berjaya menahan lelaki berparang terbabit.


“Polis merampas sebilah parang digunakan dalam kejadian itu. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Juruaudit dikejar lelaki berparang


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading