Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz

16/01/2021 11:57 PM

IPOH, 16 Jan — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan mati terapung dalam kolam takungan banjir Sungai Pinji Taman Indah, Tanjung Rambutan di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa Daniel Lau Khai Wen, 25, dengan berpakaian t-shirt merah itu ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.



“Pemeriksaan awal pihak bomba mengesyaki si mati telah meninggal dunia sejak dua hari lepas dan pengecaman mayat disahkan oleh bapanya.

“Pihak keluarga sebelum itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan si mati di Balai Polis Tambun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata adik mangsa memaklumkan si mati amat sedih dan marah kerana bertengkar dengan ibunya dan memberitahu ingin keluar dari rumah serta tidak ingin tinggal bersama-sama keluarga.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses prosedur COVID-19 dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.



Mangsa hilang dalam tragedi bot karam ditemukan terapung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button