Suspek lari dari polis, terjun sungai ditemui lemas

Oleh – Syeikh Baran


Suspek lari dari polis, terjun sungai ditemui lemas
Suspek ditemui lemas selepas terjun ke dalam sungai dari Jambatan Sungai Dungun.

Seorang daripada dua suspek yang melarikan diri dari polis sebelum terjun ke dalam sungai dari Jambatan Sungai Dungun, dekat Kampung Pulau Serai, kelmarin, ditemui lemas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata mayat suspek berusia 30 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan terdampar di Pantai Teluk Lipat kira-kira jam 6.40 petang.



Beliau berkata, mayat mangsa dipercayai dihanyutkan arus dari lokasi kejadian ke Pantai Teluk Lipat dianggarkan sejauh kira-kira tujuh kilometer.

“Pihak kami mengesahkan mayat itu adalah suspek berdasarkan pakaian dipakai suspek pada hari kejadian serta pengecaman yang dilakukan oleh kakak suspek,” katanya.

Maizura berkata, mayat suspek kemudian dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Dungun, untuk tindakan lanjut, manakala operasi mencari seorang lagi suspek berusia 34 tahun giat dilakukan.

“Polis meminta kerjasama daripada penduduk berhampiran yang melihat suspek dalam keadaan mencurigakan, supaya menghubungi pihak polis,” katanya.



Dalam kejadian, kelmarin, tiga suspek yang menaiki sebuah lori dikejar polis sejauh kira-kira 100 kilometer sebelum kenderaan mereka berjaya dipintas.

Seorang suspek berusia 35 tahun berjaya diberkas polis, manakala dua lagi terjun ke dalam sungai di situ.

Hasil pemeriksaan polis menemui kabel sepanjang kira-kira 44 meter milik syarikat Telekom Malaysia Berhad, di dalam lori terbabit dipercayai dicuri suspek.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading