50 Individu Terkaya Malaysia, hanya tiga Bumiputera

50 Individu Terkaya Malaysia, hanya tiga Bumiputera

50 Individu Terkaya Malaysia, hanya tiga Bumiputera
SYED Mokhtar (kiri), Syed Azman dan Azman.

Kuala Lumpur: Hanya tiga individu Bumiputera berada dalam senarai 50 Individu Terkaya Malaysia yang dikeluarkan Forbes bagi tahun 2024.

Tiga individu berkenaan adalah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang berada di kedudukan ke-15 dalam senarai itu diikuti Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (kedudukan ke-28) dan Tan Sri Azman Hashim (kedudukan ke-32).

Syed Mokhtar memiliki nilai kekayaan mencecah AS$1.3 bilion (RM6.2 bilion) dengan sumber kekayaannya adalah daripada pegangannya dalam DRB-Hicom Berhad dan MMC Corporation Berhad.



Operasi MMC merangkumi pelabuhan, logistik, pembinaan dan kejuruteraan manakala DRB-HICOM ialah firma automotif dengan kepentingan dalam hartanah dan pendidikan.

DRB-HICOM menjual 49.9 peratus pegangan dalam Proton kepada kumpulan kereta China Zhejiang Geely pada 2017.

Selain Syed Mokhtar, hartawan Bumiputera yang turut berada dalam senarai itu adalah Syed Azman yang berada di kedudukan ke-28 dengan nilai kekayaan mencecah AS$765 juta (RM4.78 bilion).

Beliau memulakan kerjaya sebagai kontraktor pertahanan dan kemudian mempelbagaikan portfolionya dalam perniagaan pengedaran kereta.



Hari ini beliau mengendalikan armada helikopter terbesar di Asia Tenggara mengikut saiz untuk sektor minyak dan gas melalui Weststar Aviation miliknya.

Beliau juga mempunyai perniagaan menyewa jet peribadi kepada eksekutif.

Weststar Aviation mempunyai armada 34 helikopter yang berkhidmat untuk Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Sementara itu, bekas pengerusi Kumpulan AmBank, Azman Hashim berada di kedudukan ke-32 dalam sebarai Forbes tahun ini dengan nilai kekayaan mencecah AS$660 juta (RM3.2 bilion).



Beliau memiliki pengalaman luas dalam sektor perbankan sejak 1960, apabila beliau menyertai Bank Negara Malaysia.

Beliau juga mempunyai kepentingan dalam RCE Capital dan Amcorp Properties, yang dipengerusikan oleh anak perempuannya Shalina.

50 Individu Terkaya Malaysia, hanya tiga Bumiputera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button