Penunggang motosikal maut dirempuh lori

 

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah lori yang membuat pusingan-U dekat Jalan Persiaran Ilmu, berhampiran Simpang Desa Kasia, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa tersepit di bawah lori berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa yang berusia 35 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Nilai.

“Penunggang motosikal jenis Yamaha LC, iaitu seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah IPT di Nilai dalam perjalanan dari Sepang menghala ke Nilai.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 66 tahun secara tiba-tiba membuat pusingan U di kanan jalan dan terlanggar penunggang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading