LBS catat untung bersih RM73.1 juta

LBS catat untung bersih RM73.1 juta

LBS catat untung bersih RM73.1 juta
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM73.1 juta meningkat 9.1 peratus daripada RM67 juta berbanding tahun sebelumnya, bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (6MFYE2023).

Sehingga 30 Jun 2023, jumlah dan kesetaraan tunai LBS yang direkodkan adalah sebanyak RM258.4 juta.

Bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (Q2FYE2023), ia mencatatkan PAT RM36.7 juta, meningkat 10.7 peratus manakala keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.2 juta, meningkat 8.0 peratus.



LBS dalam kenyataan berkata, berdasarkan laporan pendapatan sebanyak RM375.4 juta, LBS dilihat memaparkan prestasi kewangan kukuh meskipun berhadapan cabaran industri seperti peningkatan tekanan inflasi.

LBS turut mengumumkan bahawa pada 15 Ogos 2023, Syarikat telah memperoleh jumlah jualan hartanah sebanyak RM1.09 bilion dengan tempahan dalam perancangan sebanyak RM373 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah



 


Pada 31 Julai 2023, LBS mempunyai bank tanah sejumlah 2,916 ekar untuk pembangunan di masa hadapan dengan jualan tanpa bil yang dianggarkan berjumlah RM2.50 bilion.

Pencapaian ini dijangka memberi pendapatan yang kukuh bagi bagi dua hingga tiga tahun akan datang.

Mengulas mengenai keputusan ini, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, LBS telah melaporkan pendapatan yang memberangsangkan pada suku ini.



“Prestasi Syarikat yang konsisten pada suku ini dan sebelumnya merupakan satu kenyataan jelas bahawa kami berada di landasan yang tepat.

“LBS berharap untuk terus mengekalkan momentum kami untuk baki separuh kedua tahun 2023,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?




Menurutnya, Sejumlah lapan projek dijangka siap dibina dan diserahkan pada separuh kedua tahun 2023 di mana ini akan merangsang keuntungan dan meningkatkan kedudukan tunai LBS.

“Di samping itu, Syarikat akan terus giat melancarkan projek mengikut perancangan.

“LBS telah melancarkan hartanah dengan GDV sebanyak RM1.45 bilion pada tahun ini dan merancang untuk melancarkan projek berjumlah RM1.64 bilion untuk baki tahun 2023.

“Kadar pengambilan hartanah kami juga dilihat amat menggalakkan, terutamanya di kawasan Lembah Klang, menunjukkan bahawa projek-projek kami dimajukan di lokasi strategik dengan penetapan harga pembangunan dilakukan mengikut sasaran demografi,” katanya.



Hock San berkata, berikutan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus, LBS kekal waspada dan terus merancang secara berhati-hati di dalam mencapai sasaran jualan 2023 iaitu sebanyak RM2 bilion.

“LBS akan terus memfokuskan pelan pertumbuhan di samping memberi keutamaan kepada pemegang saham sekaligus mengangkat LBS ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

LBS catat untung bersih RM73.1 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading