Polis tahan lelaki OKU cuba culik kanak-kanak

Oleh – Syeikh Baran


Polis tahan lelaki OKU cuba culik kanak-kanak
Lelaki OKU itu dipercayai cuba menculik kanak-kanak berusia lapan tahun yang sedang bermain di luar rumahnya.

Polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) selepas dipercayai cuba menculik kanak-kanak berusia lapan tahun yang sedang bermain di luar rumahnya di kawasan perumahan berdekatan Jalan Lapangan Terbang di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lelaki tempatan berusia 30 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Kuching pada 15 Mac, di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.



“Mahkamah telah memerintahkan penahanan suspek di Hospital Sentosa, Kuching Sarawak untuk penilaian psikiatri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebutan semula kes ialah pada 22 April selepas laporan perubatan diterima.

Terdahulu, Ahsmon berkata, suspek ditahan kira-kira jam 6.55 petang, 11 Mac lepas kerana cuba melarikan kanak-kanak berkenaan.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna putih yang digunakan suspek.



“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad OKU dengan masalah pembelajaran dan telah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak sejak 2001 kerana mengalami Attention Deficit Hyperactive Disorder,” katanya. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading