BBC sasar buka 4 lagi kios pandu lalu

BBC sasar buka 4 lagi kios pandu lalu

BBC sasar buka 4 lagi kios pandu lalu
BRYAN (kanan) menyerahkan minuman kepada Brewer di cawangan pandu lalu BBC di Pejabat Pos Besar Melaka.

Kuala Lumpur: Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama Bask Bear Coffee (BBC) menyasarkan untuk membuka empat lagi kios BBC pandu lalu menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Bryan Loo.

Beliau berkata, sehingga hari ini sebanyak tiga kios pandu lalu dibuka iaitu dua di Johor dan satu lagi di Melaka yang dilancarkan hari ini bertempat di Pejabat Pos Besar Melaka di Bukit Baru, di sini.

“Selepas ini, kita sasarkan untuk buka empat lagi kiosk pandu lalu iaitu di Bintulu, Sarawak selain di Kedah dan pantai timur dalam masa terdekat.



“Pada tahun hadapan pula, kita sasarkan membuka lapan hingga 10 peratus kios pandu lalu daripada sasaran 80 hingga 100 cawangan fizikal setahun,” katanya selepas pelancaran kios BBC pandu lalu di Pejabat Pos Besar Melaka yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer.

Loo berkata, kios pandu lalu itu merupakan yang pertama di cawangan pejabat Pos Malaysia dan kerjasama itu akan diperluaskan pada masa akan datang dengan sasaran membuka 10 cawangan fizikal termasuk kios pandu lalu pada tahun hadapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ




Dalam pada itu, katanya, pelanggan di Pejabat Pos Besar Melaka berpeluang mendapat potongan harga sebanyak 50 peratus bagi menu minuman yang dibeli di kios pandu lalu berkenaan dengan hanya menunjukkan resit urusan di premis itu.

“Promosi berkenaan sah sehingga 23 November ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, BBC sehingga kini membuka sebanyak 113 cawangan fizikal termasuk kios pandu lalu di seluruh negara.

BBC sasar buka 4 lagi kios pandu lalu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading