AmBank sedia pembiayaan RM512j buat Matrix Concepts

AmBank sedia pembiayaan RM512j buat Matrix Concepts

AmBank sedia pembiayaan RM512j buat Matrix Concepts
Datuk Sulaiman Mohd Tahir

KUMPULAN AmBank menyediakan kemudahan pembiayaan sebanyak RM512 juta kepada Matrix Concepts Holdings Bhd untuk pembangunan projek hartanah mampan di Malaysia Vision Valley 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pembiayaan itu bagi membolehkan Matrix Concepts melaksanakan projek pembangunan di kawasan berkeluasan 559.36 hektar di Malaysia Vision Valley 2.0 yang terletak antara Selangor dan Negeri Sembilan.

Katanya, AmBank mengiktiraf keperluan untuk pilihan pembiayaan yang boleh diakses untuk memperkasakan perniagaan dalam usaha ke arah pembangunan mampan.



“Kami teruja menjadi menjadi bank utama pembiayaan projek Matrix Concepts dan kerjasama strategik itu menandakan kejayaan penting kedua-dua pihak.

“Dengan tumpuan global yang semakin meningkat terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), adalah penting bagi organisasi untuk memulakan projek yang mampan seperti pembangunan rumah mampu milik, yang meningkatkan status sosio-ekonomi negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar




“Kami sedar akan tanggungjawab sebagai warga korporat dalam menyumbang ke arah pertumbuhan holistik go dan pembangunan mampan,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian pembiayaan Bersama Matrix Concepts di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christopher Yap dan Pengasas serta Timbalan Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock.

Sementara itu, Mohamad Haslah berkata, dengan penyempurnaan kemudahan pembiayaan daripada AmBank, Matrix Concepts kini berada dalam kedudukan yang baik untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah mewujudkan perbandaran yang bertenaga, selamat dan dipacu masyarakat.

Beliau berkata, usaha itu akan menjadi pemangkin pertumbuhan penting bagi Matrix Concepts, mengukuhkan kedudukan sebagai pemaju perbandaran terkemuka di samping memperkasakan landskap sosio-ekonomi komuniti.



“Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan AmBank atas sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

AmBank sedia pembiayaan RM512j buat Matrix Concepts

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading