Seminggu bertarung nyawa, pelajar hampir lemas di laut meninggal dunia

Seminggu bertarung nyawa, pelajar hampir lemas di laut meninggal dunia

Seminggu bertarung nyawa, pelajar hampir lemas di laut meninggal dunia
Foto hiasan.

MELAKA: Selepas seminggu bertarung nyawa, seorang pelajar lelaki yang sebelum ini diselamatkan daripada hampir lemas di Pantai Mutiara Kem Terendak, Sungai Udang pada petang Jumaat lalu, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata mangsa Mohamad Lukhman Aliff Mokhtar, 16, dibawa dengan ambulans Hospital Kem Terendak ke Bahagian Kecemasan Hospital Melaka kira-kira jam 8.40 malam pada 13 Oktober lalu untuk rawatan lanjut.

“Sepanjang rawatan, Allahyarham mendapat bantuan pernafasan dan pemeriksaan secara berkala oleh pihak hospital mendapati beliau mengalami ‘Brain Death’ akibat kekurangan oksigen.



“Doktor bertugas di wad ICU mengesahkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 8 malam tadi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, rakan mangsa, Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, turut lemas dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, mereka ke pantai itu bersama 14 pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak kira-kira jam 6 petang untuk meraikan hari terakhir guru pelatih di sekolah itu.

Seminggu bertarung nyawa, pelajar hampir lemas di laut meninggal dunia


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading