‘Polis’ cabul, paksa mangsa lakukan seks oral


© Provided by Harian Metro GAMBAR hiasanam

Batu Pahat: Polis sedang mengesan lelaki yang menyamar anggota polis sebelum mencabul dan memaksa seorang wanita melakukan seks oral di sebuah taman perumahan di bandar ini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, terdahulu, mangsa yang berusia 23 tahun dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

“Suspek yang berusia 20-an mengajak mangsa menemaninya mengambil kenderaan miliknya yang kononnya sudah siap dibaiki di Simpang Renggam.

“Mangsa memandu kenderaan sendiri dari rumahnya ke Taman Banang Height untuk menjemput suspek,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, ketika dalam perjalanan, suspek meminta RM100 daripada mangsa kononnya untuk menampung kos membaiki kenderaan.

“Suspek kemudiannya mengajak mangsa ke lokasi kejadian sebelum mencabul dan memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C dan 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii dan menyamar sebagai penjawat awam.

“Kami menasihati orang ramai, khususnya wanita, supaya lebih berhati-hati dalam mencari kenalan terutama melalui media sosial dan memperkenalkan diri sebagai pegawai atau anggota polis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Batu Pahat di talian 07-4363300,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply