Scha Elinnea Tengah ‘Hangat’ Bercinta

Pelakon sensasi berusia 23 tahun iaitu Scha Elinnea, mencuri perhatian peminat apabila memuat naik beberapa gambar bersama seorang lelaki di TikTok Story miliknya.

Kapsyen ringkas ‘Date Night’

Perkongsian daripada pelakon Kerana Aku Isteri Bidaan itu menimbulkan tanda tanya warganet selepas gambar-gambar tersebut disertakan dengan kapsyen ringkas ‘Date Night’ berserta emoji hati berwarna hitam.

Kompilasi gambar tersebut memaparkan Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha, memegang erat tangan seorang jejaka dipercayai teman lelakinya sewaktu keluar bersama-sama pada waktu malam.



Ramai ‘sangsi’

Ternyata, perkongsian yang hanya boleh dilihat selama 24 jam itu mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ada yang menyokong hubungan Scha sementara ada yang seolah-olah sukar untuk percaya kerana aktres itu dikenali dengan keakrabannya bersama beberapa pelakon lelaki.

Privasi, tetapi bukan rahsia. Sememangnya ya!

Sebelum ini, Scha pernah menjadi bualan ramai selepas memuat naik gambarnya berpakaian seksi sehingga menampakkan ukiran tatu yang dilukis di bahagian badannya.



Disebabkan itu juga, setiap tindakannya menjadi perhatian netizen kerana selalu menimbulkan spekulasi dan juga kontroversi.

 

Sumber: TikTok @schaell23

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading