Pengawal Keselamatan Menyamar Pegawai Polis

Padah Menyamar Sebagai ASP, Pengawal Keselamatan Ada Rekod Polis

PDRM

Seorang pengawal keselamatan telah ditahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana menyamar sebagai pegawai polis.

Beliau ditahan di Pekan Nenas, Pontian selepas pihak polis menerima aduan seorang pengadu. Ekoran laporan tersebut tangkapan telah dilakukan pihak berkuasa.



Mengejutkan sekali suspek turut mempunyai 4 rekod jenayah lampau dibawah beberapa Seksyen Kanun Keseksaan.

Turut dirampas polis ketika serbuan ialah

  • 2 helai vest Polis
  • sepasang baju operasi Polis berserta pangkat Penolong Penguasa Polis
  • sepasang baju uniform bush jacket serta pangkat Penolong Penguasa Polis
  • 2 pasang kasut hitam dan topi pegawai kanan Polis
  • 1 talipinggang polis, 1 beret polis, 1 talipinggang operasi polis, 1 topi polis basball cap dan 1 buah buku Pol 5
  • sepasang lencana bahu Polis DiRaja, 3 pasang lencana kolar PDRM, 1 lencana intergriti Polis dan 10 keping gambar B1 berpakaian Polis
  • 1 telefon Samsung dan 1 telefon tab Samsung Galaxy
  • 1 motorkar Proton Preve (nama suspek) berserta 1 anak kunci motorkar

PDRM

 



Dipercayai pengawal keselamatan tersebut berbuat demikian untuk mencari populariti di media sosial.

Bayangkan berapa ramai yang tertipu apabila mempercayai apa sahaja kandungan dalam media sosial dan kegiatan menyamar sebegini memang wujud. Seperti kisah ‘Macau Scam’ yang memaparkan kehidupan serba mewah bagi menarik perhatian netizen.

Sikap netizen yang mudah terpedaya juga antara faktor penyumbang bagi sesetengah pihak mengambil kesempatan menipu mereka.

Datuk nafi menyamar pegawai kanan polis



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button