Annuar Musa Sokong Muhyiddin Terus Menjadi PM Selepas PRU15?

Hampir setiap hari bagaikan jurucakap kepada kerajaan memerintah pada hari ini, Annuar Musa tanpa silu nampak begitu sibuk mengempen supaya menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang seterusnya selepas PRU ke 15 nanti.

Dari mulutnya hanya keluar bait-bait menyeru agar terus kekalkan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin dan bukannya menyeru agar UMNO BN kembali memimpin negara melalui gabungan parti yang menolak PKR, DAP dan Mahathir.

Setiap hari setiap jam mungkin, itulah Annuar. Resah gelisah dan cuba menghina orang lain kononnya tak cerdik. Walaupun dia hanyalah lepasan pelajar universiti biasa-biasa dan tiada yang luar biasa pencapaian akademiknya.

Muka yang comot dan menunjukkan tidak puashati terhadap pemecatannya masih lagi ditonjolkan. Asalkan dapat berdepan dengan media, beliau akan menjadi tukang karut tanpa gendang muzik. Hambar, kosong dan ahli UMNO semakin meluat melihat gelagatnya.

Sejak ‘berpoketkan’ gaji menteri, Annuar yang dahulunya lantang mengkritik DAP, PKR dan Mahathir, kini lebih cenderung mengkritik UMNO. Kenapa? Jawapannya mudah, mungkin ‘tugasan’ beliau untuk membawa UMNO BN menyokong Muhyiddin gagal.

Majoriti UMNO Bahagian di seluruh Malaysia menolak kerjasama dengan parti Muhyiddin, ini juga mungkin antara faktor Annuar jadi bingung, mungkin rancangan ingin menjadi menteri kanan selepas PRU ke 15 bakal menjadi rancangan Mat Jenin. Mungkin!!!

Berkokok siang dan malam, ekor mengheret tahi kesana kemari.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker