De La Fuente dilantik jurulatih Sepanyol

Doha: Sepanyol memecat jurulatihnya, Luis Enrique selepas juara 2010 itu tersingkir Piala Dunia oleh Maghribi di peringkat 16 terbaik, segera menamakan penggantinya yang juga pengendali skuad bawah 21 tahun, Luis de la Fuente.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengumumkan nama De la Fuente, yang memimpin pasukan lelaki Sepanyol memenangi pingat perak pada Olimpik tahun lalu sebagai pengganti tugas di kerusi panas itu.

Pelantikan De La Fuente akan disahkan minggu depan oleh lembaga pengarah persekutuan.



“Jurulatih baru akan melakukan penampilan di kelayakan Euro 2024 pada Mac, mengambil alih tugas pada perlawanan pertama berdepan Norway dan Scotland,” kata RFEF dalam satu kenyataan.

De la Fuente akan secara rasmi diperkenalkan sebagai jurulatih pada Isnin.

Pengendali berusia 61 tahun itu adalah seorang jurulatih yang suka menggalakkan pemainnya berani menguasai bola tetapi lebih fleksibel daripada pengendali terdahulunya dan bersedia mencuba strategi lain apabila perlu.

Kebanyakan pemain muda dalam skuad Piala Dunia Sepanyol sebelum ini beraksi di bawah bimbingan De la Fuente di peringkat remaja.



Tahun lalu, De la Fuente melatih skuad kebangsaan Sepanyol dalam aksi persahabatan menentang Lithuania. Dia menggunakan pemain bawah 21 tahun ketika skuad utama dan staf terpaksa menjalani kuarantin selepas satu kes positif Covid dikesan sebagai protokol yang ditetapkan ketika itu.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading