Kastam sita bungkusan dadah RM3.2 juta di KLIA

Kastam sita bungkusan dadah RM3.2 juta di KLIA

Kastam sita bungkusan dadah RM3.2 juta di KLIA
Pun Sian (dua dari kiri ) menunjukkan dadah yang cuba diseludup di Kargo KLIA. – Foto KASTAM

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah Methamphetamine dan MDMA seberat 67.0 kilogram (kg) bernilai lebih RM3.2 juta pada Rabu lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah, Wong Pun Sian, berkata, anggota Cawangan Eksport, Bahagian Perkastaman Zon Tengah menahan sebuah lori untuk diperiksa di bahagian belakang Gate 9 Eksport, Kargo KLIA, pada jam 1.10 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas semua bungkusan di dalam lori mendapati empat daripada 24 bungkusan diisi 41.8 kg dadah.



Katanya, dadah dikesan itu disyaki Methamphetamine dengan nilai RM1.3 juta anggaran 25.2 kg dan jenis MDMA dengan nilai RM1.8, anggaran berat 67.0 kg.

“Siasatan awal mendapati bungkusan berkenaan akan dihantar ke alamat penerima di Sabah, manakala maklumat pengirim disyaki dipalsukan bertujuan mengelirukan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pun Sian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek utama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.



Kastam sita bungkusan dadah RM3.2 juta di KLIA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button