Sayur naik lebih sekali ganda

KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda di beberapa negeri memberi kesan kepada kenaikan harga sayuran sehingga lebih sekali ganda di negeri ini.

Tinjauan terhadap peniaga sayur di beberapa pasar di sekitar daerah ini mendapati kebanyakan harga sayur naik susulan permintaan semakin tinggi, tetapi pengeluaran sedikit terjejas akibat bencana banjir.

Kebanyakan peniaga turut memaklumkan mereka terpaksa menaikkan sedikit harga selepas memperoleh dengan harga mahal daripada pemborong.



Peniaga di Pasar Besar Kedai Payang di sini, Nor Nadiah Musa, 27, berkata kenaikan harga barang disebabkan cuaca sekarang yang tidak menentu di negeri ini dan beberapa negeri lain.

Beliau berkata, antara sayur yang naik mendadak ialah bayam sehingga RM14 sekilogram (kg) berbanding RM6 sekilogram sebelum ini.

“Tomota pula dijual dengan harga RM6.50 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini, manakala kailan RM10 sekilogram berbanding RM8, kacang panjang RM10 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini.

“Faktor kenaikan harga sayur ini disebabkan cuaca sekarang dan banjir yang melanda di sesetengah negeri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Seorang lagi peniaga, Mohd Yazid Ibrahim, 56, berkata kebanyakan harga sayur mencatatkan kenaikan sejak seminggu lalu.

Dia yang tinggal di Kampung Tasik, Bukit Payong berkata, daun sup meningkat sehingga RM20 sekilogram berbanding kurang RM15 sebelum ini.

“Selain itu, bunga kubis dijual RM8 sekilogram (naik RM2), manakala daun ketumbar RM23 hingga RM24 sekilgram dan lada besar RM15 sekilogram (naik RM5).

“Selain faktor banjir, musim cuti sekolah menyebabkan sayur mendapat permintaan tinggi daripada pengguna yang mahu melakukan majlis perkahwinan,” katanya.



Sementara itu, pengguna, Nurul Nabila Mohd Pandi, 33, berkata beliau hanya membeli sayuran diperlukan saja dan tidak menyimpan stok.

“Harga sayuran mahal sekarang, jadi hanya membeli sayur yang perlu saja, saya tidak membeli stok sayur kerana bimbang rosak,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading