Perkhidmatan telekomunikasi di Gaza mula pulih selepas 4 hari

Perkhidmatan telekomunikasi di Gaza mula pulih selepas 4 hari

ASAP tebal dilihat di utara Gaza susulan serangan udara Israel. FOTO AFPRamallah: Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Jawwal dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan telefon dan Internet di tengah dan selatan Semenanjung Gaza sudah pulih.

“Juruteknik kami melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.



Syarikat telekomunikasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan telekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Perkhidmatan telekomunikasi di Gaza mula pulih selepas 4 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading